malaysia flag photo: Malaysia Flag Animated-Flag-Malaysia.gif
::...MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHKU...::

Monday 9 September 2013

Malaysia Sebagai Pusat Kecemerlangan Pelbagai Bidang


❶ SUKAN


Datuk Lee Chong Wei 

Datuk Lee Chong Wei sememangnya merupakan suatu ikon kejayaan Malaysia, terutamanya pada masa kini. Bakat beliau yang begitu mengasyikkan telah menjadi perintis kepada bidang kesukanan Malaysia, khususnya dalam sukan badminton. Kini, beliau digelar “Pemain Badminton No. 1 di Dunia” dan ini sesungguhnya telah menaikkan imej negara di persada dunia.

Anak jati Malaysia ini telah dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang dan pada hari ini menetap di Bukit Mertajam. Walaupun beliau pada zaman mudanya amat menggemari permainan bola keranjang, beliau mula membenam minatnya dalam badminton sewaktu berusia 11 tahun. Pada masa itulah, beliau dibawa ke gelanggang badminton oleh ayahnya yang merupakan peminat permainan ini. Bakatnya terserlah walaupun masih muda dan hal ini telah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan yang sanggup melatihnya. Beberapa tahun kemudian, Lee Chong Wei yang berusia 17 tahun didaftarkan ke dalam pasukan badminton Malaysia oleh Misbun Sidek.

Sejak hari itu, kerjaya beliau telah berkembang dan kejayaan pertama beliau adalah dalam pertandingan Malaysia Open pada tahun 2003, walaupun beliau dikalahkan oleh Chen Hong dari China. Tidak lama kemudian, pada tahun 2004 beliau mendapat peluang bermain dalam Sukan Olimpik untuk mengharumkan nama negara. Walaupun dikalahkan oleh Chen Hong sekali lagi, kegigihannya akhirnya berbalas jua apabila beliau berjaya merangkul dua pingat emas dalam Sukan Komanwel pada tahun 2006. Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapat anugerah individu dalam pertandingan All England Super Series. Nama dan reputasinya dalam bidang kesukanan Malaysia terus meningkat dan kejayaan beliau dalam sukan ini telah menjadi kebanggaan Malaysia.

Pendek kata, Malaysia dikurniakan dengan seorang yang berbakat dalam bidang kesukanan badminton dan Datuk Lee Chong Wei akan terus menjadi simbol kegigihan dan usaha berdaya maju bagi generasi baru Malaysia untuk mengejar impian dan cita-cita. Sememangnya kita semua harus menjadikan beliau sebagai teladan dalam berusaha mencapai kejayaan untuk tanah air yang tercinta.





Datuk Nicol Ann David

Datuk Nicol Ann David merupakan pemain skuasy professional Malaysia. Beliau telah mengukir nama untuk Malaysia di arena skuasy dunia, sekurang-kurangnya dalam kategori wanita. Kini, beliau dikenali sebagai pemain skuasy wanita No. 1 di Malaysia dan merupakan orang Asia pertama untuk mendapat gelaran tersebut. Beliau turut merupakan kebangaan Malaysia dalam bidang kesukanan.

Nicol merupakan cahaya mata jurutera tempatan berbangsa India, Desmond David dan seorang guru berbangsa Cina yang telah bersara, Ann Marie David. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik, Lianne dan Cheryl yang juga merupakan pemain skuasy peringkat negara. Sebagai seorang kanak-kanak, Nicol seorang pelajar yang cerdik dan Matematik merupakan matapelajaran terbaiknya. Malah, dalam peperiksaan PMRnya, Nicol berjaya mencapai keputusan 7A dan ini membawanya satu langkah ke hadapan untuk mengecapi cita-cita menjadi jurutera seperti ayahnya.

Sejak beliau mula berkecimpung dalam sukan skuasy, beliau telah banyak mencapai kejayaan dan antaranya ialah kemenangannya dalam pertandingan World Junior Squash Championship dalam kategori wanita pada tahun 1999. Pertandingan tersebut berlangsung di Antwerp, Belgium dan beliau telah menjadi wanita termuda, pada usia 15 tahun, untuk memenangi pertandingan tersebut. Malah, beliau telah mengalahkan tiga pemain yang tersenarai dalam 20 pemain skuasy terhandal dunia dalam pertandingan tersebut. Hal ini telah membanggakan tanah air dan kejayaannya tidak berhenti di situ apabila Nicol, pada usia 21 tahun, menjadi pemain skuasy termuda untuk memenangi pertandingan World Open di Jerman. Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemain skuasy tempatan pertama untuk memenangi pertandingan Women’s CIMB Malaysian Open Squash Championship yang tidak pernah berlaku sejak 31 tahun pertandingan ini diadakan. Kejayaan terbarunya diukir semasa Datuk Nicol Ann David, pada tahun 2010, memenangi Kuala Lumpur Open untuk kali ke-enam sejak tahun 2000.

Sesungguhnya Datuk Nicol Ann David merupakan symbol kecemerlangan Malaysia dalam sukan skuasy dan kita sebagai generasi muda Malaysia harus mengambil iktibar dan meneladani tokoh Malaysia ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara ini dan menaikkan nama Malaysia dalam bidang kesukanan sedunia.







 PELANCONGAN



PELANCONGAN PENDIDIKAN

Malaysia bercita-cita untuk meletakkan dirinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Pasifik dan atas matlamat itu, pelbagai kemudahan dan infrastruktur dan kemudahan pendidikan telah diwujudkan. Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta program usahasama dengan institut pengajian tinggi di luar negara semakin giat diadakan untuk menarik lebih ramai pelajar asing untuk menyambung pengajian di Malaysia.

Kestabilan politik, situasi dalam negara yang aman, kemajuan teknologi dan penyelidikan serta kadar tukaran asing yang rendah dianggap sebagai faktor-faktor yang menjadikan Malaysia persekitaran yang begitu kondusif untuk tujuan pembelajaran. Keharmonian kaum juga membuktikan bahawa masyarakat Malaysia bersedia menerima pelajar dari apa jua latar belakang agama dan budaya.

Agensi utama yang membangunkan pelancongan pendidikan ialan Kementerian Pengajian Tinggi sementara Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi.



AGRO-PELANCONGAN


Agro-pelancongan adalah satu konsep pelancongan yang berkembang pesat kerana Malaysia menawarkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan kepada para pelancong. Malaysia sebagai negara yang kaya dengan hasil pertanian mempunyai hasil bumi yang subur dan pelbagai.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan dalam agropelancongan ini adalah lawatan ke dusun buah-buah dan ladang ternakan, penyelidikan, homestay dan sebagainya.

Agensi utama yang membangunkan agropelancongan ialah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sementara Kementerian Pelancongan membantu dari aspek promosi.


Antara lokasi agro-pelancongan di Malaysia:



Taman Pertanian Malaysia, Selangor
No. Tel: 03 5510 0922


Dengan Keluasan 817 hektar, Taman Pertanian Malaysia yang terletak di Bukit Cerakah, Shah Alam dipenuhi dengan pelbagai species flora dan fauna termasuk ratusan species herba yang unik. Pengunjung berpeluang untuk mengunjungi pelbagai taman seperti Taman Buah-buahan Tropika dan Taman Rempah Ratus serta Rumah Iklim Empat Musim. Pengunjung juga disediakan dengan pelbagai kemudahan riadah seperti berkhemah, memancing, merentas hutan, berkayak serta berbasikal. Tarikan baru di Taman Pertanian Malaysia ini adalah aktiviti Paintball dan Skytrex Adventure. Taman Pertanian Malaysia juga menyediakan kemudahan penginapan seperti chalet, rumah – rumah persinggahan serta pelbagai kemudahan seminar dan kursus.



Taman Pertanian Malaysia, Selangor




Ladang Nipah Kipli, Kuala Sangklang Perlis
No. Tel: 019 4704388
Ladang Nipah Kipli merupakan ladang nipah berkonsepkan riadah dan santai. Dengan lebih 2,000 pokok nipah, pokok cermai, pokok mempelam dan pokok kelapa menjadikan suasana ladang redup dan selesa. Pengunjung berpeluang untuk bersantai di bawah rimbunan pokok nipah di samping menikmati minuman nira segar, jeli nira dan laksa Perlis di Restoran Mini. Pengunjung juga akan dibawa melawat ladang dan diberikan pendedahan tentang teknologi penanaman nipah.

Ladang Nipah Kipli



Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, Kedah
No Tel: 04 953 2550
Pengunjung berpeluang untuk melawat ke ladang buah – buahan tempatan dan sayur – sayuran di samping menikmati buah – buahan segar. Terdapat 20 jenis buah – buahan yang ditanam dengan pelbagai peringkat umur. Jenis buah – buahan dibahagikan kepada jenis bermusim dan tidak bermusim seperti durian, rambutan, mangga, belimbing, ciku dan sebagainya. Dusun buah – buahan menjadi tarikan utama pelawat di mana mereka terus dibawa ke sana dan memetik sendiri buah – buahan dan merasa suasana sebenar di ladang. Selain itu, teman ini menyediakan kemudahan aktiviti – aktiviti riadah seperti perkhemahan, berbasikal dan memancing.

Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi


Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah
No. Tel : 04 457 2117
Chalet Terapung PPK Merbok diusahakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok terletak 5 KM dari Pekan Kuala Kedah. Tarikan utama di chalet ini adalah aktiviti memancing ikan di sangkar – sangkar ikan atau pun memancing di Kuala Sungai Merbok. Perkhidmatan bot disediakan kepada pengunjung yang berminat untuk memancing atau menyusuri Sungai Merbok. Chalet ini menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan dewan untuk bermesyuarat. Pengunjung juga ditawarkan pakej ke Pulau Songsong, Pulau Ular, Pulau Bidan dan Tukun Terendak serta Pakej ke Tanjung Dawai untuk membeli produk – produk laut tempatan serta menikmati makanan – makanan laut yang segar.

Chalet Terapung PPK Merbok


*klik untuk lihat 
Chalet Terapung


EKO-PELANCONGAN

Eko-pelancongan adalah pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan. Ecotourism seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.

Contoh lokasi-lokasi eko-pelancongan:


Taman Negara Malaysia di Kuala Tahan

Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park.
Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi.
Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki.
Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia.




*klik untuk lihat




PERINDUSTRIAN

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

Contoh lokasi kawasan IKS:

  1. Taman Teknologi Kulim , 09000 Kulim , Kedah
  2. Kawasan Perindustrian Senawang , 70450 Seremban , Negeri Sembilan
  3. Songsang Industri Estate , 28000 Temerloh , Pahang
  4. Bernam Industrial Park , 35900 Tanjung Malim , Perak
  5. Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas , 11900 Bayan Lepas , Pulau Pinang
  6. Bandar Teknologi Kajang , 43500 Semenyih , Selangor
  7. Kawasan Perindustrian Petronas , 24300 Kerteh , Terengganu
  8. Taman Teknologi Malaysia , 57000 Kuala Lumpur , Wilayah Persekutuan